| profile | blog | links |
Boleh saya tumpang ........19:32
Thursday, 24 November 2011

Assalamualaikum silent reader(s) !


 Nak tau something ? This story related dengan title tu . Ya Allah, seram kott . Macam tak percaya jaa . Benda tu berlaku dengan pantas, sampaikan aku pun tak teringat apa yang berlaku . Ya word seram tadi tu betul, bukan salah baca ataupun salah taip . Believe it or not, you decide .

Semalam semua duduk di ruang tamu, menonton perlawanan bola sepak Malaysia menentang Syria . Tiada apa yang berlaku pada saat itu . Apabila malam menginjak ke pagi, kebanyakkan ahli keluarga sudah pun masuk tidur . Pada pukul 2 pagi hanya tinggal aku, sepupu-sepupuku, Ary, Adek Wan, Mimi, Mak Ndak, Pak Ndak, Makteh, Mak & Abah masih menonton tv . (Ayat takbole belah) 

Tiba-tiba terdengar deruman enjin kereta entah milik siapa betul-betul diparkirkan dihadapan rumah . Mungkin jiran sebelah, fikirku . Setelah 10 minit berlalu barulah enjin kereta dimatikan . Seraya dengan itu pintu rumah diketuk beberapa kali . Tiada suara yang memberikan salam . Hanya ketukan pintu semata-mata . Seluruh isi keluarga mempamerkan riak wajah yang menghairankan . "Siapa pula yang datang pagi-pagi buta ini ?" Soal emak dalam nada cemas . Kami memandang antara satu sama lain . Pelik . 

Ketukan itu masih belum reda . Kami juga masih membatu di dalam rumah . Tiada siapa yang mahu memberanikan diri menjenguk siapa yang berada disebalik pintu itu . Lalu aku memberanikan diri dengan berkata "Siapa diluar sana ?" . Namun tiada suara yang menjawab pertanyaan aku itu . Bapa saudaraku menunjuk heronya dengan membuka pintu rumah untuk memeriksa . Tiada sesiapa diluar . Tetapi kereta yang tidak dikenali itu masih berada di tempat yang sama

Pintu yang dibuka luas itu kini ditutup kembali . Masing-masing mendengus laju . "Siapa pula yang mahu main-main macam ni". Kini abah mengeluarkan kata-kata . Dengan tidak semena-mena pintu rumah di ketuk lagi, tetapi kali ini ketukan itu berubah menjadi ganas . Seperti harimau muda mengganas lalu membaham garuda . Suasana di dalam rumah menjadi sunyi sepi . Tiada seorang pun yang berani mengeluarkan suara .

Aku bingkas bangun untuk menyelak pintu itu . Namun perasaan gementar aku menyebabkan aku terbuka pintu tersebut . Kini aku bergelut untuk menutup semula pintu itu setelah orang itu cuba untuk menolak pintu rumahku . Dalam asyik bergelut itu, aku ternampak rambut & baju yang dipakai oleh wanita itu . Ya wanita ! Dia memakai blaus berwarna putih yang mempunyai corak bunga-bunga kecil di bajunya itu . Rambutnya begitu panjang . 

Entah bagaimana aku terlupa tiba-tiba wanita yang berusia dalam lingkungan 20an itu sudah pun duduk bersimpuh di dalam rumah . Masa seakan-akan berhenti untuk memberi laluan kepada wanita itu masuk ke dalam rumah . Wajah wanita itu aku tatap sepi . Halus sekali . Wanita itu meminta kebenaran untuk bermalam dirumah kami untuk malam ini (semalam) . Emak yang seolah-olah telah dipukau lantas menggangguk untuk mengiyakan saja permintaan wanita itu . 

Entah bagaimana, mulutku laju menyuruh wanita itu mengucap dua kalimah syahadah . Malangnya wanita itu tergagap-gagap lalu menyatakan bahawa dia terlupa bagaimana untuk mengucap . Aku mula hairan dengan tingkah lakunya itu . Emak menyuruh kami tidur . Keesokannya aku terjaga daripada tidur, lalu bingkas bangun untuk mencari wanita aneh itu . Namun, tiada ! Maka tersedarlah bahawa semua yang ku ceritakan itu hanyalah mimpi semata-mata .(Ayat novel mempengaruhi)

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Aku tertidur atas sofa semalam pukul 4 gara-gara nak tau kesudahan novel yang aku baca . Sampai tak sedar bila masa aku tertidur . Tu la padah tidur tak basuh kaki, kan dah mimpi yang bukan-bukan . Sorry-sorry .

p/s: Ada bakat jadi novelist dakk ?


blog

Selasa|Tuesday
Congrats Team Harimau Muda
Tutt Tuttt
Contest Bout Greyson
Partying Partying
You Know The Meaning of Boring ?
Failed once meaningless fail foreva
Baru lagi dan lagi !!!
profile

Nur Farah Hanim
Turn to 17 on 26/7/12
Sungai Petani
SMK Sungai Layar
SPM

tag board

tagboard width max 500 px.

links

twitter
facebook
credits

designer :
JUNE - visualwalker

header image :
IU - korean singer

lyric :
IGNITE - you